{"id":554,"date":"2019-09-09T08:27:52","date_gmt":"2019-09-09T08:27:52","guid":{"rendered":"http:\/\/staiindojkt.ac.id\/?p=554"},"modified":"2019-09-22T10:04:56","modified_gmt":"2019-09-22T10:04:56","slug":"uraian-ringkas-mengenai-hakikat-insan-dan-faham-kebahagiaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/?p=554","title":{"rendered":"Hakikat Insan dan Faham Kebahagiaan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\" style=\"text-align:left\">Oleh: Roslan Abd Jelani<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image alignwide\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"300\" height=\"177\" src=\"http:\/\/staiindojkt.ac.id\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/Tari-Sufi-300x177.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-555\" srcset=\"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/Tari-Sufi-300x177.jpg 300w, https:\/\/staiindojkt.ac.id\/wp-content\/uploads\/2019\/09\/Tari-Sufi.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pengenalan Tentang Hakikat Insan&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Mengenal diri\nadalah anak kunci untuk mengenal Allah. Dalam <em>hadith<\/em> ada disabdakan, \u201cSiapa yang kenal akan dirinya akan mengenal\nTuhannya\u201d. Firman Allah dalam Surah <em>Fussilat<\/em>\n41:53 yang maksudnya: <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda\nKami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya hakikat itu boleh\nterzahir kepada mereka\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang dimaksudkan sebagai\nmengenal diri itu bukanlah mengenal bentuk zahir diri kita dan perkara-perkara\nyang berkaitan dengan keperluan <em>jasadiyyah<\/em>.\nYang dimaksud sebagai mengenal diri itu adalah mengenali <em>fitrah<\/em> dan <em>tabiat<\/em> yang\nsedia ter\u2019adat dalam diri kita, menyedari dari mana asal kita, apakah tujuan\nkita berada dalam dunia <em>fana\u2019<\/em> ini, ke\nmana kita hendak pergi akhirnya, dan apakah sebenarnya bahagia dan apakah\nsebenarnya derita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hubungan ini,\nperbincangan yang tuntas tentang hakikat insan akan membolehkan kita mendalami\ndan cuba memahami suatu yang bersifat <em>zatiyah<\/em>\n(<em>essential<\/em>) yang menyebabkan insan\nitu menjadi dirinya atau yang menjadikan insan itu insan lalu membedakannya\nsecara mutlak dengan mana-mana makluq-hidupan (<em>living being<\/em>) yang lain. Perkataan hakikat itu sendiri merujuk kepada\nsuatu yang <em>thabit<\/em>, menetap, tidak\nberubah, dan tidak mungkin sama sekali tertakluk kepada apa jua penafian pada\napa yang telah menjadikan sesuatu itu dirinya sendiri.<a href=\"#_ftn1\">[1]<\/a>\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli falsafah dan pemikir\nmoden Barat yang terkenal dengan sikap menolak adanya unsur-unsur ghaib menafikan\nadanya suatu yang menetap dan tidak berubah dalam diri insan. Ini disebabkan\nrumusan meraka tentang konsep manusia bergantung semata-mata kepada pendekatan\nrasional mahupun empirikal.yang masih bertaraf agakan dan tekaan, sedangkan soal\nyang berkaitan dengan hakikat insan bukanlah suatu yang boleh ditanggap dengan\nakal semata atau boleh dicapai melalui pengalaman deria. Oleh sebab itu, mereka\ntidak mungkin sama sekali dapat melihat adanya suatu yang tetap dan tidak\nberubah pada diri insan yang disebut <em>al-ruh<\/em>\nyang berasal dari <em>\u2019alm al-\u2019Amr<\/em> atau <em>\u2019alm al-Malakut<\/em> kerana perkara ini\nadalah di luar jangkaun aqal dan pancaindera. Kecenderungan-kecenderungan\nfilsafat yang sebeginilah yang mengakibatkan seseorang berhadapan dengan krisis\ndalam upaya memahami dirinya. Umumnya, jika hakikat insan tidak dikenali dengan\nsebaiknya maka manusia tidak akan berupaya menzahirkan dan menyuburkan\nkeperibadiaannya sebagai manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat insan merujuk kepada\nsuatu yang bukan benda, tidak berubah, tidak mengambil ruang, tidak dapat dibahagi-bahagi\nyang berlawanan dengan apa yang ada di <em>\u2019Alam\nal-Mulk<\/em> atau <em>\u2019Alam al-Shahadah<\/em>\nyang boleh dijangkau oleh pancaindera. Hakikat inilah yang dinamakan sebagai <em>al-Nafs al-Natiqah<\/em> atau <em>al-Ruh al-Insan<\/em> yang secara mutlaknya\nmembezakan manusia dengan mana-mana makhluq yang lain. Ia juga tidak hancur\ndengan hancurnya tubuh badan kerana potensi hancur bukan merupakan sifat\ndasarnya. Contohnya, setelah seseorang manusia meninggal, ruhnya tidak akan\nhancur sebagaimana hancurnya tubuh badan dimakan tanah. Persoalan yang\nberkaitan dengan kenabian, ganjaran bagi perbuatan insan, dan segala yang\nberkait dengan akhirat tidak akan menjadi penting tanpa adanya hakikat ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Dua Aspek Utama Diri Insan <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diri insan terangkum dalam dua aspek utama. <strong>Pertama<\/strong>, aspek yang <em>zahir<\/em> iaitu jasad yang mengandung sifat <em>hayawani<\/em>,\ndan <strong>kedua<\/strong>, aspek yang <em>batin<\/em> iaitu ruh yang mengandung sifat <em>\u2018aqali<\/em>.\nAspek jasad yang mengandung sifat <em>hayawani<\/em>\nini menjadi punca kepada sifat-sifat tercela (<em>mazmumah<\/em>) pada insan\nwalaupun dalam beberapa hal, ia bermanfaat kepada insan jika di kawal oleh diri\nyang ber<em>aqal<\/em>. Ruh yang membawa sifat <em>\u2018aqali<\/em>\npula merupakan <em>latifah ruhaniyyah<\/em> yang kekal abadi dan termasuk dalam <em>\u2019Alam<\/em> <em>al-Amr<\/em>. Ruh ini bersifat\nmengatur dan melaksanakan <em>tadbir<\/em> atas\njasad, memberi keuntungan kepada jasad dan menyempurnakannya dengan mengalirkan\ndaya-daya pada jasad kerana dalam hal ini, jasad tidak mempunyai kemampuan pada\ndirinya. Hubungan ruh dan jasad bukanlah suatu terjadi semenjak azali. Hubungan\nantara keduanya adalah suatu yang baru, dan hubungannya itu ibarat pelaku\ndengan alat yang menunjukkan jasad adalah alat bagi ruh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam al-Qur\u2019an, ia disebut\ndengan berbagai-bagai gelaran kerana sifatnya yang begitu dinamik: ada kalanya\nsebagai <em>al-qalb<\/em> &nbsp;jika ia terlibat\ndalam penerimaan nur hidayah; adakalanya sebagai <em>al-nafs<\/em> apabila ia\nterlibat dalam mentadbir aspek jasad; adakalanya sebagai <em>al-\u2018aql<\/em> apabila\nia terlibat dalam pemikiran dan pendapat; dan, adakalanya sebagai <em>al-ruh<\/em>\napabila ia kembali ke alam asalnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedatangannya ke alam nyata\nini ibarat pengembara yang datang untuk berdagang, dan akhirnya akan kembali ke\nnegeri asalnya. Sebagai pedagang yang mengembara ke negeri asing, sudah\ntentulah dia perlu bijak menggunakan segala modal yang ada padanya bagi\nmemperoleh satu bentuk perdagangan yang menguntungkan memandangkan modal yang\ndipegangnya itu diperhutangkan oleh sebuah badan pemegang dana di negeri\nasalnya. Modal itu merujuk kepada diri kita bersama-sama sifat yang ada\npadanya, manakala Pemegang Dana pula merujuk kepada Allah Yang memperhutangkan\nwujud diri tersebut. Sebab itulah salah satu nama Allah adalah <em>Al-Dayyan<\/em>. Perkara seperti inilah yang\nmenjadi anak kunci untuk mengenal Allah. Perkara inilah yang diingatkan kepada\noleh Hamzah Fansuri dalam <em>Sha\u2019ir Dagang<\/em>nya\nyang berbunyi:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amat-amati membuang diri,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi dagang segenap\nnegeri,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baik-baik engkau fikiri,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Supaya dapat emas sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pembahagian Logikal Diri Insan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap diri manusia boleh dibahagikan secara logik\nkepada tiga bahagian yakni diri <em>\u2018aqali<\/em>&nbsp;\natau jiwa berakal (<em>al-nafs al-natiqah\/rational soul<\/em>); diri <em>hayawani<\/em>\natau jiwa haiwan (<em>al-nafs al-hayawaniyyah\/animal soul<\/em>); dan diri <em>nabati<\/em> atau jiwa tumbuh-tumbuhan (<em>al-nafs\nal-nabatiyyah\/vegetative soul)<\/em> yang ketiga-tiganya mempunyai daya kebolehan\n(<em>quwwah<\/em>) yang tersendiri. Daya kebolehan pada diri <em>nabati<\/em> adalah daya kebolehan makan dan minum (<em>ghaziyah\/nutrition<\/em>), daya kebolehan membesar(<em>namiyah\/growth<\/em>), dan daya kebolehan membiak (<em>muwallidah\/reproduction<\/em>). Daya kebolehan pada diri <em>hayawani<\/em>\nadalah daya kebolehan penanggapan (<em>mudrikah\/perceptive<\/em>)\ndan daya kebolehan gerak (<em>muharrikah<\/em>\/<em>motive<\/em>). Daya kebolehan penanggapan\nmembolehkan seseorang mencapai pengetahuan tentang hal-ehwal yang berkait\ndengan kelangsungan hidupnya di atas dunia ini. Pengetahuan ini terhasil\nmelalui deria dalaman yang merumuskan maklumat yang disalurkan daripada deria\nluaran. Daya kebolehan gerak adalah bernafsu (<em>nuzu\u2019iyyah\/appetative<\/em>) dan\ndibantu oleh daya kebolehan <em>shahwat<\/em> (<em>al-shahwaniyyat\/desire<\/em>) dan\ndaya kebolehan marah (<em>al-ghadabiyyah\/anger<\/em>). Untuk mencapai sifat yang\nterpuji (<em>mahmudah\/ praiseworthy) <\/em>dan perilaku yang baik, diri <em>hayawani\n<\/em>dan daya kebolehan yang berkait dengannya hendaklah diawasi oleh daya\nkebolehan <em>\u2018amali<\/em> yang ada pada diri <em>\u2018aqali<\/em>. Daya kebolehan pada\ndiri <em>\u2018aqali<\/em> pula adalah daya kebolehan<em> \u2018ilmi <\/em>dan daya kebolehan \u2018<em>amali.<\/em>\nDaya kebolehan <em>\u2018amali<\/em> akan mengarah\nperbuatan supaya menurut daya kebolehan <em>\u2018ilmi<\/em>. Apabila dinisbahkan\ndengan daya kebolehan gerak pada diri <em>hayawani<\/em>, ia menghasilkan perasaan\ndan cita rasa; dan apabila dinisbahkan dengan daya kebolehan penanggapan pula,\nia menghasilkan kemahiran. Apabila ia mentadbir dan mengarah badan insan, ia\nmenghasilkan perlakuan yang berakhlak berasaskan kepada pengenalannya akan\nsifat tercela (<em>mazmumah\/blameworthy)<\/em> dan terpuji (<em>mahmudah\/\npraiseworthy)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, apa yang\nbetul-betul membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain adalah diri <em>\u2018aqali<\/em> ini. Diri <em>\u2018aqali<\/em> melahirkan kemampuan kepada seseorang untuk berfikir sambil\nbebas membuat pilihan sama ada untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukannya.\nDiri <em>\u2018aqali<\/em> ini juga membolehkan\nseseorang itu sedar akan dirinya. Oleh sebab itu, dalam perbuatan insan ada\nkesedaran yang mendahuluinya, yakni kesedaran tentang diri seseorang yang\nmelakukan sesuatu perbuatan bahawa dia adalah subjek perbuatan tersebut. Diri <em>\u2018aqali<\/em>\nseperti yang dinyatakan di atas itulah yang menjadi tempat letaknya ilmu. Diri\ntersebut boleh diibaratkan seperti raja. Apabila ia menghala ke arah kebenaran\ndan kebaikan yang sesuai dengan sifatnya, ketenteraman (<em>sakinah<\/em>) akan\nmenyelubunginya sehingga seluruh jiwanya akan dipenuhi dengan kecintaan kepada\nAllah. Keadaan diri yang sebegini dipanggil sebagai diri yang tenang (<em>al-nafs\nal-mutma\u2019innah\/tranquil soul<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbagai-bagai daya kebolehan yang ada dalam diri insan itu pula boleh\ndiibaratkan seperti bala tentera, yang dalam medan perjuangan, akan mengalami\nkemenangan dan kekalahan silih berganti. Keadaan diri yang terumbang-ambing ini\ntetapi terus-menerus berjuang memerangi kuasa <em>hayawani<\/em>nya ini disebut <em>al-nafs\nal-lawwamah<\/em>. Walau bagaimanapun, jika kuasa <em>hayawani <\/em>itu dibiar\nbermaharajalela akibat diri insan lemah dalam memeranginya, maka ia akan\nmengakibatkan satu keadaan diri yang akan sentiasa mendorong kepada keburukan\nsehingga ke tahap menganggap keburukan itu wajib dilakukan. Keadaan diri yang\nsebegini disebut <em>al-nafs al-ammarah bi al-su\u2019<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan penjelasan tentang bahagian diri itu secara logik, kita boleh\nsimpulkan bahawa setiap manusia boleh berada di antara dua kemungkinan.\nKemungkinan pertama ialah dia memperoleh kesempurnaan sebagai seorang insan\nsehingga dia menjadi hampir kepada Tuhan sambil menduduki martabat yang lebih\ntinggi daripada malaikat. Kemungkinan yang kedua pula ialah dia akan menyamai binatang\nkerana hanya mengetahui bagaimana untuk mengembangkan keinginan syahwatnya dan\ndaya marahnya sahaja sehingga akhirnya dia jatuh pada kedudukan yang lebih\nrendah dan lebih sesat daripada binatang ternakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, terbukti di sini bahawa seseorang itu boleh melakukan\nkeadilan atau sebaliknya kezaliman terhadap dirinya sendiri. Adil terhadap diri\nbermaksud seseorang itu telah menempatkan dirinya pada tempatnya yang betul\nyakni yang sebati dengan <em>fitrah<\/em>nya\nsehingga berupaya mencapai taraf kesempurnaan <em>insaniah<\/em> lalu mengecapi ketenteraman diri dan menikmati\nkesejahteraan hakiki (<em>sa\u2019adah\/happiness<\/em>).\nZalim terhadap diri pula bermaksud seseorang itu membiarkan hidupnya tertipu\noleh hasutan Iblis lalu mengalami kesengsaraan jiwa (<em>shaqawah\/misery<\/em>). Ingatlah sekali lagi! Orang yang akalnya\nmelampaui nafsunya, dia bakal mencapai darajat yang lebih tinggi daripada\nmalaikat, manakala orang yang nafsunya mengalahkan akalnya, dia akan terjatuh\nkepada darajat yang lebih rendah daripada binatang. Jalaluddin al-Rumi, seorang ulama sufi yang terkenal,\npernah berkata:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201dMalaikat bebas kerana pengetahuannya (kerana ia memiliki akal sejati dan\nbebas daripada nafsu),<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Haiwan bebas kerana kebodohannya (kerana ia memiliki nafsu tetapi tidak\nmempunyai akal),<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di antara kedua-duanya, manusialah yang tetap terus berjuang (melawan\ngodaan syaitan kerana ia mempunyai akal dan nafsu sekaligus).\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Empat Kecenderungan Psikologi Insan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui tiga bahagian diri insan yang satu itu, terbitlah\nempat kecenderungan psikologi yang penting iaitu kecenderungan ke<em>malaikat<\/em>an (<em>angelic<\/em>), kecenderungan hawa nafsu (<em>al-shahwaniyyah\/desire<\/em>), kecenderungan marah (<em>al-ghadhabiyyah\/anger<\/em>), dan kecenderungan keshaitanan (<em>al-shaitaniyyah\/evil<\/em>). Setiap orang akan\nmembawa sifat yang sepadan dengan tahap mana-mana kecenderungan yang tersedia ada\ndalam dirinya itu. Kecenderungan ke<em>malaikat<\/em>an\nmengandung sifat-sifat positif yang mendorong manusia kepada kebaikan manakala\ntiga kecenderungan yang lainnya itu perlu dikawal dengan rapi kerana\nketiga-tiganya sentiasa mendorong manusia kepada kejahatan. Ketiga-tiganya\nibarat air yang mencurah dari gunung, merempuh apa saja yang dilaluinya bagi\nmembebaskan dirinya. Oleh sebab itu, ia perlu disalurkan melalui satu saluran\nyang betul. Saluran yang dimaksudkan bagi menyalurkan ketiga-tiga kecenderungan\nitu merujuk kepada <em>iman<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila kecenderungan\nhawa nafsu (<em>al-shahwaniyyah<\/em>)\ndisalurkan melalui saluran<em> iman<\/em>, ia\nakan melahirkan salah satu budi pekerti utama (<em>fadhilat\/virtue<\/em>) yang disebut <em>\u2018iffah<\/em>.\n\u2018<em>Iffah<\/em> bermaksud keadaan diri\nseseorang yang berdaya kuasa mengenakan batasan kebenaran (<em>the limit of truth<\/em>) terhadap segala kemahuan nafsunya supaya\nkemahuan tersebut tidak sampai ke peringkat yang melampaui batas agama,\ncontohnya, tidak tamak dalam mencari kekayaan, dan tidak merampas hak orang\nlain dalam mengejar keuntungan. Sifat keutamaan ini akan melahirkan\nkeseimbangan dalam dalam diri seseorang insan dari segi mengisi keperluan\nrohani dan jasmaninya sehingga menghasilkan ketenangan dalam perjalanan\nhidupnya. Lawan bagi sifat keutamaan ini adalah kejumudan akal\u2011budi dan\nketiadaan batasan kebenaran. Sifat-sifat lain yang akanterzahir daripada budi pekerti utama ini adalah kesabaran; wara&#8217;; disiplin diri; ketenangan;\nkeseimbangan akal\u2011budi; keterbukaan jiwa dan akal; dan malu (memikir tentang\nmaksiat atau melakukannya). Seseorang yang ditanam dengan <em>\u2018iffah<\/em> ini akan setiap detik berupaya menjalani kehidupannya\nberlandaskan hakikat kebenaran. Jika budi pekerti utama ini diterjemahkan dalam sistem organisasi maka\nakan muncullah satu bentuk pengurusan yang berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi kecenderungan marah (<em>al-ghadhabiyyah<\/em>) pula, apabila ia\ndisalurkan dengan betul melalui saluran <em>iman<\/em>,\nia akan melahirkan satu lagi budi pekerti utama yang disebut sebagai <em>shaja\u2019ah<\/em> (keberanian\/<em>courage<\/em>), yakni kekuatan akal\u2011budi yang\nberakarumbikan keyakinan tanpa syak, <em>zan<\/em>\ndan <em>waham<\/em> yang digerakkan dengan <em>istiqamah<\/em> untuk menegakkan kebenaran dan\nmenghapuskan kebatilan. Lawan bagi budi pekerti utama ini ialah bacul dan\nmelakukan sesuatu tindakan secara membuta-tuli. Melalui budi pekerti utama ini\nakan terbitlah sifat-sifat terpuji seperti keyakinan diri; keteguhan\nsemangat; ketinggian hemah diri; keteguhan pendirian; kekentalan semangat\njuang; dan ketabahan jiwa. Penyuburan sifat <em>shaja\u2019ah<\/em>\ndalam diri seseorang akan membolehkannya menyempumakan sesuatu tanggungjawab\ndengan penuh yakin, tetap, teguh dan sabar melalui ikhtiar dan daya upaya dirinya.\nJika sifat keutamaan ini dianjakkan dalam ruang lingkup organisasi maka akan\nterpancarlah daya kesungguhan dan kerajinan bagi melakukan perkara-perkara yang\nmemenuhi <em>maslahah<\/em> masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal yang menyangkut tentang kecenderungan keshaitanan (<em>al-shaitaniyyah<\/em>) pula, tabiaatnya adalah\nmendorong unsur hawa nafsu (<em>al-shahwaniyyah<\/em>)\ndan unsur marah (<em>al-ghadhabiyyah<\/em>) ke\narah melahirkan perbuatan-perbuatan yang keji dan menyesatkan. Kecenderungan\nkeshaitanan ini juga diliputi oleh tabiat hasad dengki, dendam, dan iri hati.\nWalau bagaimanapun, apabila kecenderungan keshaitanan ini dikawal oleh <em>iman<\/em>, seseorang manusia itu akan\nsentiasa terdorong melakukan perkara-perkara yang baik. Dia juga akan\nmemastikan dirinya itulah yang terdahulu dalam melakukan kebajikan, dan pada\nmasa yang sama, dia akan sentiasa berlumba-lumba ke arah meningkatkan darjat\nkerohaniaannya. Namun begitu, apabila <em>iman<\/em>\nluput semula dari diri insan lalu kecenderungan keshaitanan ini meliputi dan\nmenguasai semula jiwanya, maka akan terlahirlah sejenis mentaliti yang sejajar\ndengan faham <em>hedonisme<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, keempat-empat kecenderungan\npsikologi sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini akan menerbitkan tiga tabiat\nutama dalam diri insan. Sebahagian daripada tabiat itu bersifat ke<em>haiwan<\/em>an.\nKerja haiwan tidak lain hanyalah makan, minum, tidur, melakukan seks, dan\nberkelahi. Sebahagian pula bersifat ke<em>shaitan<\/em>an. Shaitan pandai menipu\ndan berpura-pura, sibuk hendak menyesatkan manusia, memperlaga-lagakan manusia\nantara satu sama lain, mendorong manusia melakukan perkara-perkara jahat dan\nmunkar, dan akhirnya membawa manusia kepada kesesatan. Sebahagian lagi bersifat\nke<em>malaikat<\/em>an. Malaikat pula tidak putus-putus mentaati Tuhan dan memuji\nkebesaran-Nya. Pada masa yang sama, mereka bebas daripada sifat\nkehaiwanan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa mengawasi sifat-sifat yang bakal\nmelahirkan perbuatan dan amalan yang terkeji dalam hidup kita. Kita hendaklah tahu kenapa kita dilengkapi dengan\nsifat-sifat kehaiwanan itu. Kita hendaklah setiap masa berupaya menakluki sifat\nkehaiwanan ini dan menggunakannya sebagai alat untuk mencapai matlamat asal\nkita. Kita juga perlu tahu meletakkan sifat-sifat itu pada tempatnya supaya\nakhirnya terzahirlah adab dalam diri kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai renungan untuk semua\nmanusia yang diamanahkan oleh Allah dengan kuasa untuk melaksanakan sesuatu\ntanggungjawab dengan baik, eloklah direnung, difikir, dan diamati petikan salah\nsatu lagi bait daripada <em>Syair Dagang<\/em> oleh Hamzah Fansuri di bawah ini:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hai kita sekalian yang\nkurang,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nafsumu itu lawan berperang,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan hendak lebih baiklah kurang,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janganlah sama dengan orang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Menyelami Faham Kebahagiaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agama Islam\nmeletakkan kebahagiaan sebagai kemuncak kepada kejayaan sesaorang.&nbsp; Konsep kebahagiaan yang difahami Islam amat\nberbeza dari konsep yang difahami oleh Barat atau agama-agama lainnya.&nbsp; Dalam Islam, apabila kita memperkatakan\ntentang kebahagiaan, ia bukan hanya merujuk kepada dunia ini belaka tanpa\ndikaitkan dengan akhirat. Kebahagiaan dan kesejahteraan mestilah mempunyai\npertalian yang amat erat dengan iman, keyakinan, dan sifat-sifat diri yang\nmulia yang bertunjangkan pada suatu pandangan wujud semesta yang ditayangkan\noleh al-Qur\u2019an. Pandangan wujud semesta ini merupakan suatu pandangan yang\nsaujana luasnya meninjau \u2018alam shahadah dan \u2018alam ghaib serta memperlihatkan\nkehidupan secara keseluruhannya yang secara langsung menyatakan pada seseorang\ninsan martabatnya dalam ciptaan Allah SWT. Maksudnya di sini, makna dan\npengalaman kebahagiaan dalam Islam perlu melibatkan unsur luaran dan unsur\ndalaman diri insan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika jalan hidup yang murni dan terpuji dipisahkan daripada akhirat, ini\ntidak akan membolehkan seseorang mengecapi kebahagiaan yang sebenar. Pengalaman\nkebahagiaan mustahil dapat disedari jika ia senantiasa berubah-ubah dan\nberbeza-beza menurut citarasa naluri dari sedetik ke sedetik di dunia ini.\nApabila kebahagiaan hanya dihubungkan dengan aspek duniawi, manusia akan\ndibelenggu dengan kemelut mengisi kehendak hawa nafsu tanpa batas. Akibatnya,\njiwa manusia akan berkeadaan tidak tenteram walaupun mereka mengecapi\nkemewahan. Ingatlah! dunia dan segala isinya hanya akan mempunyai nilai apabila\ndigunakan dan dihalakan untuk mencapai tujuan akhir itu. Dunia tidak mempunyai\nnilai pada dirinya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, dunia hanya bernilai\njika dihubungkan dengan tujuan yang bakal dicapai di akhirat kelak. Jika hal\nini tidak disedari, dunia dengan sifat-sifatnya itu akan menjadi penghalang\nutama kepada pencapaian tujuan akhir tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenyataan di atas bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Syed\nMuhammad Naquib al-Attas.&nbsp; Menurut\nbeliau,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesejahteraan\u201d\ndan \u201ckebahagiaan\u201d itu bukan ianya merujuk kepada sifat badani dan jasamani insan,\nbukan kepada diri hayawani sifat bashari; dan bukan pula dia suatu keadaan\nakal-fikri insan yang hanya dapat dinikmati dalam alam fikiran dan nazar akali\nbelaka.&nbsp; Kesejahteraan dan kebahagiaan\nitu merujuk kepada keyakinan diri akan Hakikat Terakhir yang Mutlak yang\ndicari-cari itu\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada penegasan beliau itu, kita dapat memahami bahawa kebahagiaan di\ndunia ini bukanlah hanya berkait dengan kehidupan duniawi sahaja, malah ia\nberkait juga dengan kehidupan abadi kelak berpandukan kenyataan yang dijelaskan\noleh agama bersumberkan wahyu. Kebahagiaan itu sebenarnya merujuk kepada\nkeyakinan diri terhadap Haq Ta\u2019ala yang kekal mesra dalam kalbu insan lalu\nmelahirkan kedamaian dan ketenteraman dalam jiwa. Maka apabila sesuatu amalan\nitu lahir melalui keadaan jiwa yang sebegini keadaannya, amalan itu dinamakan\nsebagai amalan mulia. Jika keadaan diri ini melahirkan perbuatan yang\ndinilaikan sebagai baik oleh agama, maka ia dinamakan perilaku yang baik.\nAl-Attas menggariskan beberapa perkara pokok yang perlu difahami dalam mencari\nmakna kebahagiaan.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Syarat pertama<\/strong>, pengenalan tentang\nhakikat diri manusia itu sendiri, elemen-elemen yang dimiliki, tahap dan\nketerbatasan rasional dalam menjelaskan makna kebahagiaan.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Syarat kedua<\/strong>, memiliki ilmu dan\nkeyakinan tentang matlamat kehidupan serta nasib akhir manusia setelah berakhir\nkehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun apa yang kita lihat di dunia ini, setiap orang disibukkan dengan\nsesuatu. Sebahagiannya sibuk dengan cinta pada perempuan, sebahagiannya dengan\nharta benda, sebahagiannya dengan bagaimana mendapat wang yang banyak,\nsebahagian lagi dengan pangkat dan kedudukan, dan sebahagiannya dengan ilmu.\nApabila dia telah mencapai sesuatu yang menyebabkan dia sibuk selama ini, dia\nakan merasa sejahtera dan bahagia. Jika sedemikian, apakah kebahagiaan yang\ndikecapi itu sempurna sifatnya dan berkekalan? Kebahagiaan yang sebagaimanakah\nyang sempurna dan kekal dan bagaimanakah kebahagiaan yang sedemikian boleh\ndicapai?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Ghazali dalam kitabnya yang berjodol <em>Mizan al-\u2018Amal<\/em> menyebut bahawa kebahagiaan akhirat adalah kebaikan\nyang paling tinggi kerana ia bersifat abadi dan digambarkan sebagai satu bentuk\nkegembiraan yang tidak bercampur dengan resah, dan kekayaan yang tidak\nbercampur dengan kemiskinan. Ini berbeza dengan kegembiraan yang bersifat\nsementara yang dapat dikecapi oleh seseorang di atas dunia ini yang seringkali\nmeresahkan orang itu misalnya kegembiraan ketika mendapat pangkat yang akhirnya\ndiikuti dengan perasaan resah kerana terpaksa menanggung beban kerja dan\ntanggungjawab yang lebih besar dan lebih berat. Begitu juga halnya dengan\nkekayaan yang akhirnya menimbulkan pelbagai bentuk masalah pada seseorang yang\nmemilikinya, misalnya tidak cukup mendapat kerehatan kerana sibuk mengumpulkan\nharta, tidak tenteram kerana dikhuatiri harta itu dilesapkan oleh orang lain,\ntidak merasa selamat sepanjang masa kerana takut diugut atau dirompak, dan\ntidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bermesra bersama-sama dengan isteri\ndan anak-anak. Inilah yang dimaksudkan dengan kemiskinan akibat daripada\nkekayaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, kebahagiaan akhirat dikatakan sebagai kebaikan yang\npaling tinggi kerana padanya kesempurnaan hakikat insan ditemukan. Ada empat\nhal yang menyebabkan kebahagiaan akhirat berkait dengan kesempurnaan hakikat\ninsan: <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pertama<\/strong>, ia bersifat abadi dan menepati\ndengan keadaan roh insan yang juga bersifat kekal abadi; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kedua<\/strong>, ia merujuk kepada pengenalan\nyang paling sempurna tentang Tuhan kerana asal manusia dijadikan adalah untuk\nmengenal Tuhannya. Mengenal Tuhan itu adalah tuntutan fitrah insan dan\npengenalan tentang Tuhan itu bersifat kekal. Pengenalan yang sempurna tentang\nTuhan hanya dicapai di akhirat kerana di sana tidak ada lagi hambatan untuk\nmengenaliNya disebabkan jiwa insan telah kembali kepada kesucian; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketiga<\/strong>, ia melahirkan darjat\nkegembiraan yang paling tinggi kerana orang itu dapat melihat Tuhan di akhirat;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Keempat<\/strong>, ia memperlihatkan kekayaan\nyang mutlak kerana seseorang itu bebas daripada kekangan waktu dan\nkeperluan-keperluan lain yang pada dasarnya membatasi kesempurnaan insan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penjelasan di atas tentang kebahagiaan akhirat itu tidaklah bermaksud\nbahawa keperluan badan (<em>jasadi<\/em>) dan\ntuntutan dunyawi harus diketepikan. Sebenarnya, jasad dan daya-daya yang ada\npadanya adalah sebahagian daripada aspek kewujudan manusia yang tetap bernilai\nkepada jiwa insan. Walau bagaimanapun, nilainya bersifat instrumental, yakni\nsebagai alat kepada roh yang perlu dikawal dan diletakkan pada tempatnya yang\nwajar agar manusia mencapai kesempurnaan yang disebut sebagai <em>al-fadha\u2019il<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenyataan ini\nmenunjukkan bahawa ada pertalian yang erat antara kebahagiaan akhirat dan\nkebahagiaan di dunia yang merangkumi tiga perkara:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pertama<\/strong>, diri (<em>nafsiyyah<\/em>) yang melibatkan ilmu dan sifat yang terpuji;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kedua<\/strong>, badan (<em>badaniyyah<\/em>) seperti kesihatan tubuh badan dan keselamatan;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, yang\nselain dari diri dan badan (<em>kharijiyyah<\/em>)\nseperti kekayaan dan selainnya yang menggalakkan kesejahteraan diri, badan, dan\nperkara-perkara yang berkait dengannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka dari itu, al-Attas menegaskan bahawa kebahagiaan di dunia ini\nbukanlah hanya berkait dengan kehidupan duniawi sahaja, malah ia berkait juga\ndengan kehidupan abadi kelak berpandukan kenyataan yang dijelaskan oleh agama\nbersumberkan wahyu. Kebahagiaan yang abadi dan paling tinggi tingkatannya\nadalah merujuk kepada nikmat melihat Tuhan (<em>ru\u2019yatuLLah<\/em>)\ndi akhirat yang akan dianugerahkan kepada hamba-hamba Allah yang soleh dan\ntidak jemu mentaati titah perintahNya. Inilah yang semestinya dicita-citakan\noleh setiap manusia kerana kebahagiaan ini merupakan tujuan hidup insan.\nIngatlah! Sesungguhnya tujuan akhir kebahagiaan adalah cinta kepada Allah (<em>mahabbatuLLah<\/em>) yang akan menjadi\npersediaan kepada kebahagiaan yang bakal dinikmati di akhirat kelak yakni\nmelihat Allah (<em>ru\u2019yatuLLah<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang dijelaskan di atas perlu dimulai dengan keyakinan diri terhadap\nHaq Ta\u2019ala yang kekal mesra dalam kalbu insan lalu melahirkan kedamaian dan\nketenteraman dalam jiwa. Maka apabila sesuatu amalan itu lahir melalui keadaan\njiwa yang sebegini keadaannya, amalan itu dinamakan sebagai amalan mulia. Jika\nkeadaan diri ini melahirkan perbuatan yang dinilaikan sebagai baik oleh agama,\nmaka ia dinamakan perilaku yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seseorang insan yang telah mencapai tingkat kebahagiaan yang sebenar\nsebagaimana yang dinyatakan di atas akan senantiasa mengarah pandangannya\nmenuju ke akhirat. Mereka akan selalu memikirkan tentang bagaimana untuk\nmengembalikan dirinya pada keadaan sebagaimana ia sebelum dijadikan, yakni yang\nmerujuk kepada keadaan diri yang cukup mengenali Tuhannya dan sedar akan\nkeberhutangan wujud dirinya. Kelompok insan yang sebeginilah yang mampu\nmengekalkan sifat yang terpuji dan mulia. Insan yang sebegini tidak akan\nmenghabiskan masanya semata-mata untuk memikirkan keindahan dunia dan\nberangan-angan untuk mencapai umur panjang. Mereka selalu sedar bahawa dunia,\nbetapapun melimpah-ruah dan kelazatannya menawan, tetapi ia tak ubah seperti\nfatamorgana yang kelazatannya akan segera menghilang dan lari bak awan. Mereka\nfaham bahawa penggemar dunia tidak mungkin akan terlepas daripada terlibat\ndalam permusuhan, pertelagahan, dan persengketaan yang membawa kepada\npertumpahan darah dan terputusnya tali persaudaraan. Benarlah sabda Rasulullah\ns.a.w. bahawa, <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebagaimana\npenyelam laut tidak terhindar daripada basah, maka pemburu dunia juga tak akan\nlepas atau terhindar daripada kotoran.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insan yang sebenilah yang layak digelar sebagai insan baik (<em>insan adabi<\/em>) yang menurut al-Attas\nsebagai insan\u2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cyang sedar\ninsaf akan tanggungjawabnya kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Sebenarnya\ndisembah; yang memahami dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada diri sendiri\ndan masyarakat dengan adil. Dan yang sentiasa berusaha memperbaiki setiap aspek\ndirinya ke tahap yang lebih sempurna\u2026..\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita memenuhi kriteria dan maksud insan baik (<em>insan adabi<\/em>) ini, kita akan tahu dan memahami benar-benar tentang\napa yang harus dipupuk dalam diri kita supaya kita diiktiraf sebagai insan baik\nyang sentiasa dapat diteladani. Apa yang harus dipupuk dalam diri kita itu\nkelak sesuai dengan apa yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada umat yang\nterbaik:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKamu adalah\numat yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah manusia, menyuruh mengerjakan\nyang ma\u2019ruf dan melarang membuat yang munkar, serta beriman kepada Allah.\u201d <a href=\"#_ftn2\">[2]<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip yang terkandung di sebalik konsep insan baik (<em>insan adabi<\/em>) ini ialah kita bukan sahaja\nperlu berpengetahuan demi meningkatkan kecekapan dan berketrampilan dalam\nurusan kerja seharian, malah yang lebih penting lagi adalah berhikmah sehingga\nmembolehkan kita menjadi kaya dari segi jiwa dan berupaya memahami makna dan\nhakikat sebenar kehidupan ini. Insan yang berhikmah akan mengenal erti\npengorbanan yang tulen, keikhlasannya tidak boleh disangsikan, sifat amanahnya\ntidak lagi dapat dicurigai, dan kejujurannya pula tidak lagi dapat diragui. Dia\njuga tidak mudah terpesona dengan kegemilangan dan kehebatan dunia yang\nbersifat fana\u2019. Bahkan, dia akan bertimbang rasa serta adil kepada sesiapa\nsahaja yang berhak kepada sesuatu bantuan dan perlindungan tanpa mengira kaum\ndan agama. Pada masa yang sama, khidmat yang mereka lakukan bukan diminta untuk\ndipuji tetapi untuk tujuan menabur jasa dengan semata-mata mengharapkan\nkeredhaan Illahi. Tanda yang menunjukkan seseorang itu berhikmah adalah pintar\ndari segi akal fikiran terutama ketika membuat keputusan, pandai membezakan\nantara yang benar dan yang batil, dan sentiasa berakhlak mulia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi membolehkan hal keadaan ini berlaku, ajaran perihal kebaikan\nhendaklah setiap masa diberikan kepada kaum Muslimin dan mereka pula hendaklah\nsentiasa dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan segala macam kebaikan\nsupaya akhirnya kebaikan itu meresap dalam diri mereka lalu menjadi perangai.\nOleh itu, biarlah kita tertelan air jika dilambung ombak kehidupan tetapi\njangan kita tenggelamkan diri kita dalam ombak hawa nafsu yang selamanya jahil\ndan tidak mengenal batas kebenaran. Bersabarlah bila diuji kerana mengamalkan\nkebaikan perlu kepada kesabaran. Kesabaran itu selalu membahagiakan, walaupun\npada mulanya amat pahit untuk ditelan. Sabar itu pahit tetapi buahnya amat\nmanis, jika kita tabah menghadapinya. Kemanisannya ibarat kurma bagi orang yang\nberbuka puasa, manisnya menghilangkan lapar sehari. Ingatlah ini baik-baik!<br><\/p>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator\" \/>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"#_ftnref1\">[1]<\/a>\nDari segi istilah, sesuatu yang telah diabstrak secara sempurna dengan\nmenyisihkan segala unsur zahiriyahnya sehingga akhirnya kita memahami apa\ndianya, maka ini disebut sebagai <em>al-mahiyah<\/em>,\nmanakala dari segi adanya pula disebut sebagai <em>al-haqiqat<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"#_ftnref2\">[2]<\/a>Al-Qur\u2019an,\n<em>\u2018Ali Imran<\/em>: 110<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Roslan Abd Jelani Pengenalan Tentang Hakikat Insan&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Mengenal diri adalah anak kunci untuk mengenal Allah. Dalam hadith ada disabdakan, \u201cSiapa yang kenal akan dirinya akan mengenal Tuhannya\u201d. Firman Allah dalam Surah Fussilat 41:53 yang maksudnya: \u201cKami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya hakikat itu boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[8,9],"tags":[],"class_list":["post-554","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-artikel","category-pemikiran-islam"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=554"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":655,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/554\/revisions\/655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/staiindojkt.ac.id\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}